Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Friday, May 25, 2012

Loving it



Sy adalah penyokong penyusuan susu ibu yg tegar... Tp sy xactiv dlm mane2 kumpulan penyusuan susu ibu... Aci x... Hehehe...

N now am enjoying breast feeding moment...:)..

Daa....


posted from Bloggeroid

Saturday, November 05, 2011

Supplements suatu keperluan?

Assalam..
Blogwalking sambil tengok maharaja lawak mega..
Laser tul chef wan ni komen yer.. Kalah adlin aman ramli.. Hehe.. Merapu suda..

Artikel saya dapat dr sini http://yuitsumuni.com/2011/11/04/fakta-pemakanan-oleh-dr-nadrah/

Saya copy paste jer..

Wall Dr.Nad

Harini saya dpt msg promosi dr smbody “Klu kita dah maintain pengeluaran susu dgn baik,tp susu masih merudum, maknanya ibu tu kekurangan kalsium, so belilah set utk menyusu ni dgn saya ye”…hahh?? Fakta apa nih? FIY, ni saya bg fakta EVIDENCE BASED MEDICINE ye…sila baca satu persatu dibawah ini. Saya faham anda nak lakukan produk, tp jgn smpi anda manipulate fakta n manipulate penyusuan susu ibu.

Pertama: Kandungan kalsium dlm breastmilk tidak berubah walaupun seorang ibu tidak mengambil sebarang calcium supplement dan tidak mengambil sumber makanan yg mengandungi banyak kalsium. Badan ini terlalu bijak dijadikan oleh Tuhan utk menghasilkan kalsium sendiri dlm susu ibu utk bekalan si bayi. Terdapat bbrp kajian juga telah membuktikan bahawa penganbilan supplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak menaikkan level kalsium dlm susu ibu.

Kedua: Yang message saya suruh beli vitamin Bco utk naikkan kualiti susu ibu…maaf, saya berpegang kpd evidence-based, bukan pengalaman based. Vit B adalah vitamin larut air, maka mudah juga di serap kedalam susu ibu. Oleh itu, anda yg makan vit B akan mengalami perubahan warna susu ibu iaitu kekuningan dan nampak pekat, tapi sebenarnya yg masuk ke dalam susu ibu tu adalah vit B, malah sisa degradasinya juga.

Ketiga: Kajian juga membuktikan bahawa kualiti susu ibu yg tidak berbeza dgn ibu yg di negara maju, negara membangun, dan negara mundur dan miskin, maknanya antara ibu terlebih makan, makan ikut suka hati, atau memang tak cukup makan. Atas dasar ini jugalah terhasilnya Carta Pertumbuhan Kanak2 WHO (WHO growth chart) yg membuktikan anak2 yg disusui susu ibu dari pelbagai benua menghasilkan carta perkembangan yg sama, tidak ada beza. So, di manakah basis anda yg cuba msg saya itu mengatakan sbg susu yg terhasil dr ibu yg mengambil supplement yg anda jual akan mempunyai tahap perkembangan yg baik disebabkan supplement yg diambil diserap ke dalam susu ibu seterusnya disalurkan kpd bayi?

Keempat: Sebelum kita terpengaruh dgn penjual supplement’s promotion, mari kita lihat diri kita, pertama tengok perut, ada lipatan spare tyre tak walaupun halus? Kedua, buat carta makanan harian anda, kaji apa yg anda makan dan berjumpa dgn pakar pemakanan, bukan penjual supplement….tentu anda dapati sebenarnya anda dah terlebih zat! Saya cabar anda berjumpa saya dan saya boleh quote nilai zat dlm mknn harian anda.

Keempat: sedarkah anda yg anda boleh sakit disebabkan terlebih vitamin dan garam galian? Kaji kandungan kalcium anda..calcium carbonate? Mahukah anda mengalami batu karang di kemudian hari? Adakah anda menjalankan senaman/exercise (bukan termasuk kerja rumah seharian ya) sebanyak minimum 3 kali seminggu selama minimum 30minit berpeluh setiap sesi? Kalau tak, berhati2 dgn calcium supplement anda kerana anda terdedah kpd risiko batu karang juga osteoporosis juga. Kalsium yg diambil dr tak kira sumber apa pun memerlukan aktiviti kecergasan di atas utk diserap dan disimpan kukuh dlm tulang….kalau tak, tulang anda akan menjadi umpama simen yg rapuh kelak. Sedarlah segera.

Kelima: Jgn cuba kelirukan ibu2 tentang kandungan kalsium dlm susu ibu dgn susu formula. Ya, memang betul kandungan kalsium dlm susu ibu lebih rendah dr yg terkandung dlm susu formula, TAPI telah dibuktikan bahawa penyerapan dan penerimaan kalsium dlm susu ibu oleh bayi adalah 2 hingga 3 kali lebih tinggi n mudah berbanding penyerapan kalsium dlm susu lembu, oleh itu susu ibu tetap tak dapat ditandingi. Namun kajian juga telah membuktikan bahawa penambahan pengambilan suplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak akan menambah kandungan kalsium dlm susu ibu yg dihasilkan krn Tuhan maha bijaksana dlm menentukan apa level terbaik utk seorang bayi.

Keenam: Tahukah anda sesetengah vitamin tidak ditapis oleh payudara seterusnya disalurkan berlebihan melalui susu ibu? Sama juga spt mengandung, sesetengah vitamin tidak ditapis oleh uri dan disalurkan kpd bayi? Jaga2 dgn vitamin A dan E. Kesan negative serius boleh berlaku jika berlebihan dos (hanya recommend supplement A dan E kpd yg mmg pasti tidak dapat mengambilnya dlm diet seharian). Oleh itu, kaji diet harian anda dahulu.

Ketujuh: Vitamin supplement boleh menambah pengeluaran susu? Kalau betul boleh, mengapa anda yg claim pernyataan ini masih menyarankan ibu2 memahami dan meneruskan konsep supply and demand utk memastikan kelancaran pengeluaran susu ibu? Dan mengapa sebenarnya ramai ibu yg mengambil vitamin/supplement yg dicadangkan dan mengikut aturan ambilan tertentu yg disarankan oleh penjual telah memenuhi inbox message saya samada di FB mahupun di email dgn kecewanya terhadap “usaha” membeli supplements seperti ini? INGAT! Konsep sebenar supply n demand adalah jawapan sebenar. Kpd yg bermasalah penurunan pengeluaran susu badan, saya sarankan anda berjumpa dgn konsultan/kaunselor laktasi yg betul untuk dibantu dan sama2 mengkaji punca permasalahan susu merudum (bukan konsultasi melalui email/FB/telefon dlm hal ini) krn approach yg diberikan sgt terperinci mengikut masalah individu.

Kelapan: Adakah bermakna pengambilan pelbagai supplement itu salah? TIDAK SAMA SEKALI. Kita bebas mengambil apa2 supplement, namun jika anda seorang terpelajar, anda boleh membuat kajian betul dahulu tentang menu diet harian anda sebelum decide utk menambah vitamin dlm senarai keperluan harian anda. Pernahkah anda dengar tentang detoksifikasi? Ia terdiri dari diet khas pelbagai vitamin dan mineral yg diambil dlm bbrp hari shj. Anda boleh mencuba, tapi menu diet terbaik dihasilkan dari sumber smulajadi dan itulah yg telah dibuktikan. Anda boleh mengambil vitamin dan supplemen utk kesihatan anda, tetapi utk mengaitkan dgn keperluan khas ibu menyusu/menggalak pengeluaran air susu adalah sangat TIDAK BERETIKA sekiranya anda adalah seorang yg memperjuangkan penyusuan susu ibu.

Kesembilan: pukul berapa anda keluar rumah untuk bekerja dan pulang kerumah kemudiannya? Bila matahari belum terbit dan bila matahari dah terbenam? Pernah anda bersenam atau beriadah di taman pada waktu pagi di setiap hujung minggu atau hanya duduk buat kerja2 rumah di kala cuti? Kalau mcmtu, lupakan utk dapat vitamin D, sebab yg terbaik adalah dari sumber matahari. Takut matahari sebab UV lantas anda mengambil vitamin E? Tahukah anda matahari pagi adalah yg baik, bukan yg terik atas kepala, sekadar pengambilan vit E tidak menghentikan or melambatkan proses penuaan jika anda tidak memakai sunblock yg sesuai. Kenapa saya sentuh vit D? Sebab ia penting membantu penyerapan kalsium dari usus. Oleh itu, jgn takut matahari pagi. Kan senang dgn rutin harian dan diet yg neutral.

Kesepuluh: Supplements boleh mengelak diabetes? Ramai pesakit dah buat, tapi tetap dpt diabetes. Kenapa? Sebab senaman dan pemakanan mengikut sukatan piramid tidak diamalkan. Anda tahukah piramid makanan? Semua boleh tunjuk piramid tu, tapi bila saya tengok post2 makanan di FB masing2, fuhhh..semua jadi piramid terbalik. Cara terbaik memahami piramid makanan, jumpa pakar pemakanan berdekatan anda, bincang ikut kesesuaian xtvt harian anda walaupun anda tak sakit. That day bila waktu SGM yg saya bincang, rata2 participants pelik n terkejut bila saya bgtau sukatan makanan yg sepatutnya mengikut hidangan setiap jenis makanan.

10 fakta yang Doktor Nadrah kongsikan dengan kita…


Same2 kite renungkan dan fikirkan..

Kembali kepada asas konsep penyusuan 'demand & supply'

Adalah lebih baik ambil drpd sumber makanan semulajadi..

Kesimpulan: ai xjadi nk beli vitamin.. Confirm.. Better tambah koleksi cd.. Hahaha..


Sumber: en google..
Nak gak tepek gambar

posted from Bloggeroid

Thursday, June 30, 2011

aqil naufal part 4

as salam..
lame dah xup date cite adik kt sini..
mama lupe suda.. kene refresh balik..ok.. masa adik 3bln berat die dah naik 3.5kg.. naik skit la,klu nk di kira berat die juz naik 500g je selama 3bln selepas kelahiran die...
lepas tu rutin mama ari2 memerah susu.. nk buat suppliment kat adik..
after 2weeks nk follow up balik dgn pn.kamariah pasal perkembangan adik.. n pn.kamariah bz smpi hujung bulan.. so die suruh follow up dgn kawan die.. dr.ning.. dr ning ni duk kt area klang je.. so senang nk gi jumpe.. bt appointment dengan dr.ning la.. jumpe kt umah die je..
jumpe dr.ning,. die tengok cari aku bf baby.. sbb die nak tengok cari bf betul ke x? latching mulut bby dgn nipple.. pastu die ajar teknik marmet.. perah susuibu gune tangan.. memula tu memang susah skit la.. dah name pun baru belajar..lame2ok je.. tp kene slalu praktis.. paling banyak aku penah dapat perah gune teknit marmet ni 4 oz.. hehe..
ok back to topic.. dr.ning syak adik ada tongue tie.. die suggest di jumpe dr.koe utk make sure betul ke tongue tie,. n kalau perlu bt minor operation, dr koe boleh buat.. ape tu tongue tie.. nti aku bt entry lain pasal tongue tie nih,.
klinik dr.koe ni kt jln klang lame.. so before datang harus la buat appointment dulu sebab klinik die selalu busy..
jumpe dr.koe.. die kate adik xde tongue tie..confirm n xperlu bt minor operation tu, die ajar lg cara bf bby yang betul.. camner cara pegang baby.. pastu, kan skg ni suppliment adik dgn ebm, so dr.koe suruh up die punye amount.. means 3oz sekali feed 4 times a day,. so total ebm for 1day should be 12oz lah.. mama kene berkerje keras lg nampaknye ni... dr.koe bg ubat utk tambah susu,bkn adik yg kene makan ubat.. mama yg dapat ubat..
jumpe dr.koe lg a week after.. bile timbang berat adik dah naik 200g.. dr berat minggu lepas3.9kg+baju.. sbb berat baju+seluar+diaper lebih kurang 200g. so actual weight lebih kurang 3.7kg..
suke sangat bile dr.koe tu kate" i m happy for you.. " sbb berat adik dah naik.. memang aku suke sgt masa tu... Allah je yg tau...muka adik pun dah nampak berisi skit... memang nampak perubahan die.. so continue la cara dt.koe tu.. 3oz x4 times..gune teknik sns.. support nursing system kot name panjang die.. tu pun next entry aku explain.. apa iti sns,
at 4 months chekup kt klinik kesihatan berat adik 4.15 kg alhamdulillah..

aku penah cite x nurse kt k.k penah soh aku bg adik susu s26, die kate susu tu elok utk bg berat bby cepat naik.. ape la nurse klinik kerajaan xde kesedaran penyusuan susuibu..

daa..

to be continue..






Thursday, April 14, 2011

teknik marmet a.k.a memerah dengan tangan

assalam....

kembali bersiaran... hehehe.... hajat dihati memang nak update blog, tapi xsempat2...

produktiviti susu dah merudum, kali nih yang paling teruk la, tengah positifkan minda nih... dalam pada tu berangan2 nak breastpump baru....woohoo... tapi bile pikir balik... perlu ke???

sekarang nih gak tengah gigih praktis teknik marmet yang dr.ning ajar masa aku gi umah die ari tu...memula memang kekok skit.. lelama ok la n best... syok tengok susu memancut kuar...feel die lain dengan gune bp.

mummy2 kene tau gak teknik nih, incase pam rosak ke, tertinggal kat opis ke, at least ada back up untuk perah susu. teknik ni mudah dan murah sebab free tu yang ai suke tu, tak perlu
peralatan apa2 pun, cume gune 10 jari yang Allah dah beri kat kite ni..
dengan teknik ni gak senang kite nak tau kalau2 breast dah kosong sebab kite boleh rasa sendiri
 
cara2 teknik marmet

Memerah dengan tangan
 
memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari 1-3 selepas kelahiran

basuh tangan dengan bersih sebelum memerah

sediakan bekas yang bersih dan steril

lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa

boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa

buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)

melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks

tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu

buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)

tekan payudara ke belakang ke arah dada

perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan

teruskan memicit sehingga susu keluar

perah ke dalam bekas yang bersih dan steril

buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar

tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)

ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu

tukar ke payudara yang satu lagi

urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi

perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir

setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara
 
sumber: blog ezurin
 
selamat mencuba...





Tuesday, April 05, 2011

aqil naufal part 3

assalamualaikum...
terasa cam baru semalam jer kuar dari hospital, tapi sebenarnya da 2 bulan... berat adik masih lagi 3.3kg... dalam pada tu terus breastfeed adik.. masa nih dah fully breastfeed.niat nk fully bf tu memang dari sebelum bersalin lg, tapi Allah jua yang menentukan.. walaupun agak lambat skit, tapi tetap bersyukur...dan bermulalah perjalanan aku dalam breastfeeding...

end of january... ada sgm susuibu.com kat taman tasik cempaka bangi, bagitau hubby kate nak gi... memula tu, die cam errmmm... ok... , aku pun ok la.., pastu aku ajak lagi.. 2, 3 kali gak la kate nak gi...finally on... ok kite gi..

sampai sane awal lg,  so lepak2 dulu tengok orang menari poco2 (sekarang dah diharamkan yer...), memula tu cuak gak ada ke takde nih... yela 1st time datang... last2 call nida... die kata ada... terkejut die aku kate aku nak datang... hehehe... nida ni aku kenal kat susuibu.com gak tapi tak penah jumpe just cakap kat tepon je...

best gak sgm nih... santai je... duk bawah pokok, share cite pasal breastfeeding.. n ibu2, bapak2, anak2, bibik2 sume boleh datang...kalau sape2 rasa teringin nak join leh cek kt susuibu.com. diorang memang tiap2 bulan buat sgm nih..

pastu aku diperkenalkan dengan pn kamariah aka owner susuibu.com aka kaunselor laktasi (LC).nida yg introduce kat aku, die tau problem adik so die suruh jumpe pn kamariah untuk tengok teknik penyusuan aku cam ner.

so... yang puan kamariah dapat detect kat sini, adik ni cam jenis lazy feeder skit, so kene bagi die support dengan compression technic. pastu lepas bf, pam susu nak bagi breast kosong and untuk stimulate more milk.so ni la teknik yang aku apply..

next 2 days... chekup kat htar lak... aku story la aku gi jumpe LC pe sume, doc  lak suggest gi jumpe dietician. dietician lak soh bg ebm+supplement iaitu mct oil dan carborie sebab suppliment ni gak yang diorang kasi kat prem baby. masa ni timbang kat htar 3.2kg.

2 minggu lepas tu gi monthly chekup kat klink desa berat adik dah naik 3.5kg... alhamdulillah...


to be continue...