Sunday, November 06, 2011

Salam aidiladha



Hari ni 10 zuhijjah 1432h
Kami sekeluarga mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua..
Mohon maaf dipinta..
Semoga selamat semuanya..

posted from Bloggeroid

Saturday, November 05, 2011

Supplements suatu keperluan?

Assalam..
Blogwalking sambil tengok maharaja lawak mega..
Laser tul chef wan ni komen yer.. Kalah adlin aman ramli.. Hehe.. Merapu suda..

Artikel saya dapat dr sini http://yuitsumuni.com/2011/11/04/fakta-pemakanan-oleh-dr-nadrah/

Saya copy paste jer..

Wall Dr.Nad

Harini saya dpt msg promosi dr smbody “Klu kita dah maintain pengeluaran susu dgn baik,tp susu masih merudum, maknanya ibu tu kekurangan kalsium, so belilah set utk menyusu ni dgn saya ye”…hahh?? Fakta apa nih? FIY, ni saya bg fakta EVIDENCE BASED MEDICINE ye…sila baca satu persatu dibawah ini. Saya faham anda nak lakukan produk, tp jgn smpi anda manipulate fakta n manipulate penyusuan susu ibu.

Pertama: Kandungan kalsium dlm breastmilk tidak berubah walaupun seorang ibu tidak mengambil sebarang calcium supplement dan tidak mengambil sumber makanan yg mengandungi banyak kalsium. Badan ini terlalu bijak dijadikan oleh Tuhan utk menghasilkan kalsium sendiri dlm susu ibu utk bekalan si bayi. Terdapat bbrp kajian juga telah membuktikan bahawa penganbilan supplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak menaikkan level kalsium dlm susu ibu.

Kedua: Yang message saya suruh beli vitamin Bco utk naikkan kualiti susu ibu…maaf, saya berpegang kpd evidence-based, bukan pengalaman based. Vit B adalah vitamin larut air, maka mudah juga di serap kedalam susu ibu. Oleh itu, anda yg makan vit B akan mengalami perubahan warna susu ibu iaitu kekuningan dan nampak pekat, tapi sebenarnya yg masuk ke dalam susu ibu tu adalah vit B, malah sisa degradasinya juga.

Ketiga: Kajian juga membuktikan bahawa kualiti susu ibu yg tidak berbeza dgn ibu yg di negara maju, negara membangun, dan negara mundur dan miskin, maknanya antara ibu terlebih makan, makan ikut suka hati, atau memang tak cukup makan. Atas dasar ini jugalah terhasilnya Carta Pertumbuhan Kanak2 WHO (WHO growth chart) yg membuktikan anak2 yg disusui susu ibu dari pelbagai benua menghasilkan carta perkembangan yg sama, tidak ada beza. So, di manakah basis anda yg cuba msg saya itu mengatakan sbg susu yg terhasil dr ibu yg mengambil supplement yg anda jual akan mempunyai tahap perkembangan yg baik disebabkan supplement yg diambil diserap ke dalam susu ibu seterusnya disalurkan kpd bayi?

Keempat: Sebelum kita terpengaruh dgn penjual supplement’s promotion, mari kita lihat diri kita, pertama tengok perut, ada lipatan spare tyre tak walaupun halus? Kedua, buat carta makanan harian anda, kaji apa yg anda makan dan berjumpa dgn pakar pemakanan, bukan penjual supplement….tentu anda dapati sebenarnya anda dah terlebih zat! Saya cabar anda berjumpa saya dan saya boleh quote nilai zat dlm mknn harian anda.

Keempat: sedarkah anda yg anda boleh sakit disebabkan terlebih vitamin dan garam galian? Kaji kandungan kalcium anda..calcium carbonate? Mahukah anda mengalami batu karang di kemudian hari? Adakah anda menjalankan senaman/exercise (bukan termasuk kerja rumah seharian ya) sebanyak minimum 3 kali seminggu selama minimum 30minit berpeluh setiap sesi? Kalau tak, berhati2 dgn calcium supplement anda kerana anda terdedah kpd risiko batu karang juga osteoporosis juga. Kalsium yg diambil dr tak kira sumber apa pun memerlukan aktiviti kecergasan di atas utk diserap dan disimpan kukuh dlm tulang….kalau tak, tulang anda akan menjadi umpama simen yg rapuh kelak. Sedarlah segera.

Kelima: Jgn cuba kelirukan ibu2 tentang kandungan kalsium dlm susu ibu dgn susu formula. Ya, memang betul kandungan kalsium dlm susu ibu lebih rendah dr yg terkandung dlm susu formula, TAPI telah dibuktikan bahawa penyerapan dan penerimaan kalsium dlm susu ibu oleh bayi adalah 2 hingga 3 kali lebih tinggi n mudah berbanding penyerapan kalsium dlm susu lembu, oleh itu susu ibu tetap tak dapat ditandingi. Namun kajian juga telah membuktikan bahawa penambahan pengambilan suplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak akan menambah kandungan kalsium dlm susu ibu yg dihasilkan krn Tuhan maha bijaksana dlm menentukan apa level terbaik utk seorang bayi.

Keenam: Tahukah anda sesetengah vitamin tidak ditapis oleh payudara seterusnya disalurkan berlebihan melalui susu ibu? Sama juga spt mengandung, sesetengah vitamin tidak ditapis oleh uri dan disalurkan kpd bayi? Jaga2 dgn vitamin A dan E. Kesan negative serius boleh berlaku jika berlebihan dos (hanya recommend supplement A dan E kpd yg mmg pasti tidak dapat mengambilnya dlm diet seharian). Oleh itu, kaji diet harian anda dahulu.

Ketujuh: Vitamin supplement boleh menambah pengeluaran susu? Kalau betul boleh, mengapa anda yg claim pernyataan ini masih menyarankan ibu2 memahami dan meneruskan konsep supply and demand utk memastikan kelancaran pengeluaran susu ibu? Dan mengapa sebenarnya ramai ibu yg mengambil vitamin/supplement yg dicadangkan dan mengikut aturan ambilan tertentu yg disarankan oleh penjual telah memenuhi inbox message saya samada di FB mahupun di email dgn kecewanya terhadap “usaha” membeli supplements seperti ini? INGAT! Konsep sebenar supply n demand adalah jawapan sebenar. Kpd yg bermasalah penurunan pengeluaran susu badan, saya sarankan anda berjumpa dgn konsultan/kaunselor laktasi yg betul untuk dibantu dan sama2 mengkaji punca permasalahan susu merudum (bukan konsultasi melalui email/FB/telefon dlm hal ini) krn approach yg diberikan sgt terperinci mengikut masalah individu.

Kelapan: Adakah bermakna pengambilan pelbagai supplement itu salah? TIDAK SAMA SEKALI. Kita bebas mengambil apa2 supplement, namun jika anda seorang terpelajar, anda boleh membuat kajian betul dahulu tentang menu diet harian anda sebelum decide utk menambah vitamin dlm senarai keperluan harian anda. Pernahkah anda dengar tentang detoksifikasi? Ia terdiri dari diet khas pelbagai vitamin dan mineral yg diambil dlm bbrp hari shj. Anda boleh mencuba, tapi menu diet terbaik dihasilkan dari sumber smulajadi dan itulah yg telah dibuktikan. Anda boleh mengambil vitamin dan supplemen utk kesihatan anda, tetapi utk mengaitkan dgn keperluan khas ibu menyusu/menggalak pengeluaran air susu adalah sangat TIDAK BERETIKA sekiranya anda adalah seorang yg memperjuangkan penyusuan susu ibu.

Kesembilan: pukul berapa anda keluar rumah untuk bekerja dan pulang kerumah kemudiannya? Bila matahari belum terbit dan bila matahari dah terbenam? Pernah anda bersenam atau beriadah di taman pada waktu pagi di setiap hujung minggu atau hanya duduk buat kerja2 rumah di kala cuti? Kalau mcmtu, lupakan utk dapat vitamin D, sebab yg terbaik adalah dari sumber matahari. Takut matahari sebab UV lantas anda mengambil vitamin E? Tahukah anda matahari pagi adalah yg baik, bukan yg terik atas kepala, sekadar pengambilan vit E tidak menghentikan or melambatkan proses penuaan jika anda tidak memakai sunblock yg sesuai. Kenapa saya sentuh vit D? Sebab ia penting membantu penyerapan kalsium dari usus. Oleh itu, jgn takut matahari pagi. Kan senang dgn rutin harian dan diet yg neutral.

Kesepuluh: Supplements boleh mengelak diabetes? Ramai pesakit dah buat, tapi tetap dpt diabetes. Kenapa? Sebab senaman dan pemakanan mengikut sukatan piramid tidak diamalkan. Anda tahukah piramid makanan? Semua boleh tunjuk piramid tu, tapi bila saya tengok post2 makanan di FB masing2, fuhhh..semua jadi piramid terbalik. Cara terbaik memahami piramid makanan, jumpa pakar pemakanan berdekatan anda, bincang ikut kesesuaian xtvt harian anda walaupun anda tak sakit. That day bila waktu SGM yg saya bincang, rata2 participants pelik n terkejut bila saya bgtau sukatan makanan yg sepatutnya mengikut hidangan setiap jenis makanan.

10 fakta yang Doktor Nadrah kongsikan dengan kita…


Same2 kite renungkan dan fikirkan..

Kembali kepada asas konsep penyusuan 'demand & supply'

Adalah lebih baik ambil drpd sumber makanan semulajadi..

Kesimpulan: ai xjadi nk beli vitamin.. Confirm.. Better tambah koleksi cd.. Hahaha..


Sumber: en google..
Nak gak tepek gambar

posted from Bloggeroid

Friday, October 14, 2011

Homemade baby rusk

First batch




Second batch






Resepi di sini

http://foods4tots.blogspot.com/2011/10/homemade-baby-rusk-inspirasi-roti.html

Happy cooking

posted from Bloggeroid

Thursday, October 13, 2011

Kek coklat kukus

As salam peeps..
Entry masak lg.. Hehe.. Lately tatau nak update apa..
Al kisahnya lepas pimpang petpot dgn nabila tengah hari td, janji dgn die, ptg ni kite buat kek ye.. Die klu sebut buat kek laju je..

Ni la hasilnye.. Nampak xmenarik.. Tp mables.. Hehe.. Aku yg bt suke aku la nak kate..



Adunan 1
2 cawan tepung kek
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko

Adunan 2
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1cawan air panas mendidih
2-3 biji telur

Cara2
-Satukan semua bahan adunan 1, gaul sebati
-Masukkan adunan 2 ke salam adunan 1, kacau sebati
-Sediakan loyang (marjerin salut tepung)
-Kukus 30-35minit
-Siap

Yang aku buat ni setengah adunan je
Resipi adalah dari internet..

Happy cooking

posted from Bloggeroid

Tuesday, October 11, 2011

Pasta soup for baby




Untuk 4 orang

1sb minyak masak/olive oil
1 biji bawang putih - di hiris
1 batang lobak merah- potong dadu
1 biji kentang - potong dadu
1 liter air
Ayam- dicincang
100g pasta
Daun sup untuk hiasan

Cara2
-Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga kekuningan
-masukkan lobak merah dan kentang yang telah dipotong dadu
-masukkan ayam, kacau sebati
-masukkan air,kacau sebati, biarkan mendidih
-apabila ayam,lobak merah dan kentang telah empuk masukkan pasta,kecilkan api

-apabila sup sudah benar2 masak, tutup api dan boleh dihidangkan..
Tabur daun sup sbg hiasan

Anak sy yg sulung suka pasta.. Jd sy masak skali utk kakak dan adik..
Saya asingkan dulu untuk adik sebelum tambah garam + telur utk kakak
Sy suka pasta ni sbb die bentuk abc n kecik2 snang baby nak makan..
Happy cooking..

posted from Bloggeroid

Monday, September 19, 2011

biskut baby

assalam..
fresh from oven.. baru wat tadi.. hihi
sesuai utk baby 7bulan dan ke atas..



80g tepung ubi
20g tepung jagung
25g gula kastor
2biji kuning telur
2 sb susu tepung ( susu baby)
air

-masukkan telur dan gula dalam mangkuk, pukul sampai gula larut
-masukkan susu tepung, pukul sebati
-masukkan tepung ubi dan tepung jagung
-uli sampai tak melekat kat tangan, kalau agak keras tambah air
-bentukkan bulat kecil2 ( sy bt bntuk panjang2, senang baby nak pegang)
-bakar 180 darjah, 7-8 minit

posted from Bloggeroid

Thursday, September 08, 2011

slamat maju jaya adik..

assalam..


da tengok gambar di atas
budak yg pegang jaket bertudung kuning, berbaju jalur2 tu da berlepas ke sarawak ari isnin ari tu..
ni kt umah akak aku sebelum hantar die gi airport
slamat blajar, slamat maju jaya
jgn nanges lak klu xdapat balik raya.. hehe..
will miss u lah..

posted from Bloggeroid

Wednesday, September 07, 2011

sesi membersihkan sawang dan lalang.. ehe

assalam
da lame xupdate blog nih.. wahhh macam bz sangat je.. xde bz mende pun sebenarnye.. tp bila dh mengadap tab nih, tatau nk tulis ape dah..
byk juga yg dah d usahakan dalam waktu nih..
1) bt seluar raya for kiddos.. bkn aku kedekut sgt nk belanje utk ank,tp kalau da sehelai smpi rm70-80 yg bleh pakai pun utk 3-4bln jer.. membazir namanya.. baik aku bt sendiri.. xde la ssh sangat pun.. pattern sume amik internet la..
gambar xde.. hehe..
2) sedang gigih nak menyiapkan bunga telur utk adik aku yg nak kawwn bln 12 nih.. dah siap sepahar aku upload gambar ehh..
3) kami da cat umah.. ape kes ko.. hehe.. gambar juga xde..
aku memang jarang nak mengambik gambar2 nih. tu pasal xleh jd blogger tegar. . huhu
gambar raya pun kt kamera adik aku,sbb kamera die mahal hehe.. aku malas la nk kuar kamera aku yg ciput tuh..

tu saje..


ni name die gemuk,cantik kan bulu die.. adik beradik die name glamer2, torres & gonzales.. tp bulu gemuk paling cantik..

posted from Bloggeroid

Tuesday, August 02, 2011

testing

salam pagi selasa
sat lagi nak bawak adik gi klinik

posted from Bloggeroid

Friday, July 22, 2011

update using skyfire browser..

as salam..
kali ni gune skyfire browser lak..

ce try upload gmbar laks..


ok.. done..

pasni update gune skyfire je klu nk letak gmbar..
klu nak the simple one gune blogger-droid
atau leh gune opera mini browser. .


Thursday, July 21, 2011

testing2 using blogger droid app

ni cuma testing aja ya..
wahh udah serupa orang indon saja gayanya
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, July 14, 2011

nabila

die anak sulung dlm keluarga kami,mama panggil kakak,kekadang panggil nabila.. kakak gelar diri die.. kakak bia.. baru berusia 3thn.. cakap pn masih pelat lagi.. hanya mama yang selalu faham apa yang kakak katekan.. namun kakak sangat manja dengan abah..

abah gi kursus 5hari,kami duduk umah nenek.. ari2 mama tengok kakak gembira.. ketawa.. main dengan adik & aciknya yang lain,rupanya ada rasa yg terpendam dalam hati kakak..

biasanye mama telefon abah kakak xnak cakap.. klu cakap pun yang biase2 je, tp malam ni,malalm ke3 kakak xjumpe abah & tido dengan abah.. ayat pertama kakak tanye abah "abah kat mane? " sebak mama dengar kakak cakap macam tu.. kakak rindu abah ye.. lepas cakap dgn abah kakak main sendiri,paling muka dr mama.. macam org jauh hati.. mama tnye kakak nak abah ke.. " kakak nak abah.. " sambil berjujuran air mata die cakap macam tu.. sabar ye sayang.. mama pun rindu abah.. adik rindu abah.. abah keje.. cari duit utk kakak dgn adik..

malam ni kakak tidur dgn mama dgn adik.. sebelum ni die tidur dgn acik2 nye..
mamafaham perasaan mu nak..
mama selimut kakak dengan kain abah supaya terubat sikit kerinduan kakak pada abah..

kami mmg jarang berpisah lame.. dan semenjak ada adik.. ni kali ke 2, ini yg paling lame.. biarpun cume 5ari.. mama sebak tengok kakak malam ni..
dalam tawa ria nya ada rindu yang terpendam..


***ini entry touching mama di malam ari.. sile jgn gelak ok






Thursday, June 30, 2011

aqil naufal part 4

as salam..
lame dah xup date cite adik kt sini..
mama lupe suda.. kene refresh balik..ok.. masa adik 3bln berat die dah naik 3.5kg.. naik skit la,klu nk di kira berat die juz naik 500g je selama 3bln selepas kelahiran die...
lepas tu rutin mama ari2 memerah susu.. nk buat suppliment kat adik..
after 2weeks nk follow up balik dgn pn.kamariah pasal perkembangan adik.. n pn.kamariah bz smpi hujung bulan.. so die suruh follow up dgn kawan die.. dr.ning.. dr ning ni duk kt area klang je.. so senang nk gi jumpe.. bt appointment dengan dr.ning la.. jumpe kt umah die je..
jumpe dr.ning,. die tengok cari aku bf baby.. sbb die nak tengok cari bf betul ke x? latching mulut bby dgn nipple.. pastu die ajar teknik marmet.. perah susuibu gune tangan.. memula tu memang susah skit la.. dah name pun baru belajar..lame2ok je.. tp kene slalu praktis.. paling banyak aku penah dapat perah gune teknit marmet ni 4 oz.. hehe..
ok back to topic.. dr.ning syak adik ada tongue tie.. die suggest di jumpe dr.koe utk make sure betul ke tongue tie,. n kalau perlu bt minor operation, dr koe boleh buat.. ape tu tongue tie.. nti aku bt entry lain pasal tongue tie nih,.
klinik dr.koe ni kt jln klang lame.. so before datang harus la buat appointment dulu sebab klinik die selalu busy..
jumpe dr.koe.. die kate adik xde tongue tie..confirm n xperlu bt minor operation tu, die ajar lg cara bf bby yang betul.. camner cara pegang baby.. pastu, kan skg ni suppliment adik dgn ebm, so dr.koe suruh up die punye amount.. means 3oz sekali feed 4 times a day,. so total ebm for 1day should be 12oz lah.. mama kene berkerje keras lg nampaknye ni... dr.koe bg ubat utk tambah susu,bkn adik yg kene makan ubat.. mama yg dapat ubat..
jumpe dr.koe lg a week after.. bile timbang berat adik dah naik 200g.. dr berat minggu lepas3.9kg+baju.. sbb berat baju+seluar+diaper lebih kurang 200g. so actual weight lebih kurang 3.7kg..
suke sangat bile dr.koe tu kate" i m happy for you.. " sbb berat adik dah naik.. memang aku suke sgt masa tu... Allah je yg tau...muka adik pun dah nampak berisi skit... memang nampak perubahan die.. so continue la cara dt.koe tu.. 3oz x4 times..gune teknik sns.. support nursing system kot name panjang die.. tu pun next entry aku explain.. apa iti sns,
at 4 months chekup kt klinik kesihatan berat adik 4.15 kg alhamdulillah..

aku penah cite x nurse kt k.k penah soh aku bg adik susu s26, die kate susu tu elok utk bg berat bby cepat naik.. ape la nurse klinik kerajaan xde kesedaran penyusuan susuibu..

daa..

to be continue..






Wednesday, June 29, 2011

itu ini sume saye mau...

kepala tengah serabut sekarang.. macam2 sy nk buat.. tp saya xtau nk start dr mane..
nk menjahit cloth pad, pantyliner, nk buat tudung, nk jahit seluar utk nabilanaufal, nak buat pouch bag nabilanaufal, nak bt bunga telur, nak kemas umah yang jarang2 nmpak kemas..
hmmmm.. banyaknye nk jahit.. da lame x menjahit,kesian kt mesin jahit saya.. last week beli twin needle.. konon mau menjahit tudung minggu nih.. xterusik gak..
kedekut ke sy.. sume sy nk buat.. walaupun xde la cwntik mane pun.. hehe..
yang penting kepuasan diri sendiri.. lawa ke x tu blakang kira.. janji aku puas ati aku bt sendiri.. haha.. ayat nak sedapkan ati sendiri..
ohhh.. bilekah saya ada masa untuk semua nih..
sewing is my new passion..
saya suke shopping juge..
en hubby punye parcel baru smpai td.. wawawa.. skrg die juga suda pandai shopping online... hoho.. xleh jadi nih...
bile mau order btv2 nih...




Sunday, June 26, 2011

cerita malam tadi...

as salam..
sementara nk tgu waktu maghrib nih.. baru balik dr kampung pg td.. smalam blik kg sbb ada kenduri jiran seblah umh..
so mlm td adik poopoo.. gi basuh kt bilik air.. tgh aku basuh tu,aku perasan macam ada benda je kat sebelah aku.. aku pun toleh la.. skali ak tgk je.. ular.. ya Allah. . aku xpikir ape dah lari terus jerit panggil hubby. . time aku jerit kuar bilik air ular tu terus tegak badan die.. aku dah ketaq dah.. dh kuar toilet tu jatuh plk sbb licin.. gagah bagun gak smbil pegang adik,nasib baik jatuh aku yg kt bwh bkn adik.. pastu sume org datang, tanye nape.. aku kn kate ada ular kt bilik air.. kalut diorg cari buluh.. xjumpe.. last abah aku pukul dgn kayu hujung die ada sabit.. maka tamatlah riwayat ular tersebut..
aku dah cuak giler.. ketaq xabih lg.. dah la dukung adik.. nasib baik nabila da tido.. sampai ke malam sampai ke pg aku takut nk g bilik air. . dah la aku penggeli dgn ular nih
td plk td nabila beli happy meal.. dpt mainan ular.. yg kungfu panda.. adoyaiiii


Friday, June 24, 2011

mylifesignature

xde nk bebel apa pun
nk testing signature baru je sebenarnye
hehe


update blogspot thru galaxy tabupdate blogspot thru galaxy tab

assalam hr jumaat..
akhirnya ku berjaya jua update blog gune ini tab.. tq kt komentar2 kt blog mazidull akmal sidik 999 sbb die pun ada same prob dgn aku.. xboleh nk update blog gune galaxy tab.. tq byk2 ye..
mayb ramai yg da tau.. aku je yg lambat skit jer kot.. hehe tp aku nk share gk kt sini
caranya.. gi kt market android.. pastu all application.. cari opera mini brawser.. download application.. then nk update blog gune browse tu jer.. hehe
pasni bole la update slalu d mane2 jua sy berada.. slagi ada internet connection.. sbb tab ni xmasukkan simkad.. so gune wifi je
penah masukkan simkad.. bil sampai melambung2 internet jek rm500++. . wahhhh trus cabut simkad tu.
ok tu je.
mood.. sgt suke ati.. dh bole g masak dgn senang ati.. wahaha
daa..

Wednesday, June 15, 2011

ikan kukus ala thai


bukan baru smalam masak nih... xingat dah bile... saje nak share...

ikan siakap- di kelar ( sy pkai ikan kerisi je)
serai- di ketuk
bawang putih- di ketuk
bawang merah
stok ayam
air limau nipis tanpa biji
cili padi- dihiris
1 sk tepung jagung
2 cawan air
daun sup
gula dan garam secukup rasa

masukkan stok ayam dengan 2 cwn air dalam kuali, api sederhana.
masukkan semua bahan ke dalam stok ayam yg telah mendidih tadi kecuali cili, daun sup dan hirisan bawang besar.
kemudian, masukkan cili, daun sup dan hirisan bawang besar.
tutup kuali sampai masak.
siap...

sumber: internet.... xingat da amik kat ner....hihi...

Wednesday, June 08, 2011

petua sembelit


assalam....
waaa.... lame tak menjenguk blog nih.... ada problem internet conection skit.... tu pasal la sume terabai.... hahaha...ada yang rindu ker????
minggu lepas kot xsalah.... peristiwa dah seminggu baru nk update... ntah apa la aku nih...melalut tul... okey sambung  minggu lepas aku try bagi adik ikan bilis campur bubur die... sebelum tu dah beri ayam ngan ikan die ok je... so mama die ni saje la nk bagi ikan bilis... bilis tu aku da rendam dulu semalaman nk bagi kurang rasa masin die n pastu toskan  dan sangan la tanpa minyak... then aku tumbuk bagi halus hancur.... bila masak bubur tu aku campur la dalam 1 sk... pastu amik kau 5 ari tak poopoo....
dah camtu stop la bg ikan bilis kat die tak poo2 gak... try bagi pisang pun xjalan.... tanye adik ipar aku, die kate bagi oren... try la bagi... xmau gak...last aku try bagi prune...
aku buat cam nih... amik prune potong kecik2 bg cepat kembang rendam dalam air panas sampai kembang.... dah kembang tu boleh bagi kat baby... xyah banyak2.... aku bagi dlm 4,5 sudu je rasanye.... xlama pastu terus kuar.... memang keras pun... dah 5 ari... yang 1st nampak la die meneran skit... pastu dah ok.... hari tu je 5kali poo2..... hehe...sangat suke.... petua ni gak boleh di gunepakai untuk org dewasa... tapi xyah la rendam bagai... just makan cam biase je....

Saturday, May 21, 2011

ntahapaapantah........

assalam...
wahhh... suda lama tidak update blog ni.... agak2 banyak sawang nih... hehehe....
tu jer la stakat nih....
wahhh...
kenapakah malas sangat nih....hehehe....
nanti aii tulis lagi...






.

Thursday, May 05, 2011

sutera bidadari...



akhirnya lengkap jugak koleksi novel aku... dah bukan trilogi dah ni...dah ada 5 buah dah sekarang... latest... sutera bidadari baru kuar minggu lepas kat pba kat pwtc... x gi pun, kirim pada zana... thanks ye zana tolong ai belitkan novel nih...jasamu di kenang... hehehe...

aku pun tau cam ner aku leh terjebak dengan benda nih... tapi yang pasti sangat admire gile dengan laksamana sunan...
 n yang terbaru.... saifullah... aka indera.... wahhhh....



ni koleksi novel ramli awang murshid yang aku ada... ada 1 yang xde dalam gambar... hatiku di harajuku... ada orang pinjam xpulang2 lagi... kene mintak balik nih...

kenapa aku suke novel ramli awang murshid?
sebab best..... jalan cite die lain dari yang lain... xde la cintan cintun jerk... muak dah bace novel cinta2 nih... 1st novel yang aku baca mandatori... pinjam kat library sekolah rasanya... tak silap masa tu form 1...pastu tak cumpa dah novel die... sampai la aku keje kat secret recipe kat wangsa maju... ari2 gi mph... sebab mph depan secret recipe je... masa tu baru abis study... sementara nak dapat keje yang betul2 keje sini dulu...
 masa tu beli bagikan puteri... tu la novel pertama yang berjaya aku beli... hahaha...masa tu tahun 2006... sampai sekarang ada 10buah dah... kalu kire2 balik dah berapa... hoho....berkire2...

tapi ok la... aku takde la rasa rugi pun... berbaloi la dengan cite die....
daripada novel2 cita yang bersepah sekarang nih... jalan cite pun lebih kurang jer...
tapi hak individu la nak baca apa pun... aku kate, apa yang aku rasa... jangan rasa tersinggung lak..cume pendapat seorang insan kerdil ... hehehe...

"sebagai manusia... aku sayang padamu...."





.

Wednesday, May 04, 2011

kampung ku.. indah...

cuti ari pekerja... kami balik kampung en.hubby... kampung kami dekat saja... so balik kampung aku skali... kuikuikui....
ni gambar2 kat umah arwah nenek aku... sekarang pakcik yang duduk situ...
cuaca mendung n sejuk2 je... sangat best dan nyaman....


ini bendang yang tengah menghijau...


son

baru bangun tido

berlemoihhh laa........

nak balik dah..

grandma..

bestkannn........ meh la datang... parit 7 sekinchan, selangor....

Friday, April 29, 2011

his first solid food...

ari selasa genap umur adik 6 bulan...
time to start solid food sebab mama sangat exited... hahaha...



juz plain rice porridge ... belah kiri yang dah bertapis... belah kanan hasil tapisan kalau2 nabila nak ngendeng skali...hehehe

Thursday, April 28, 2011

support group meeting susuibu.com

ni kali ke 2 aku gi sgm susuibu.com. sangat exited okey... hehe...
memula takde plan pun nak gi, tak register pun name kat forum susuibu.com... tp bile tengok2 balik topik die.. Improving Family Nutrition...n memandangkan adik pun dah nak start amik solid food... so memang kenalah topik tu  ngan situasi aku sekarang.. then terus call hubby tanye nak gi tak.... ON alhamdulillah...
oh... lupe nak info sgm ni buat kat taman tasik cempaka, bangi... memang every month buat kat sana.. biasanya buat akhir bulan la...
layan pic kat sana...


 ini presentation group 2..

.
 anak2 main bawah pokok... nabila yang sedang mencangkung pakai baju pink... tengah main kereta...

ibu2

bergambar beramai2




Wednesday, April 27, 2011

aiskrim durian nyum2....

musim durian, so kami pun beli durian.... sampai berlebih2... hehe...
so lebihnya jangan la di buang2 membazir, xbaik... moh kite buat aiskrim yang super easy





bahan2.. utk 1L
2 1/2 cawan coffemate
2 1/2 cawan susu segar
1 cawan isi durian
1/2 cawan gula....... kalau nak kurang manis boleh kurangkan

cara2.
kisar susu segar & isi durian sampai halus
tuang bahan kisar dalam mangkuk mixer dan campur semua bahan lain. putar sampai sebati.
tuang dalam mangkuk lain tutp dan bekukan hingga separuh beku.
keluarkan semula,  putar hingga sebati dan simpan beku.
siap...


resipi asal aiskrim nih, askrim cempedak sebenarnya... tapi ku sudah tukar itu cempedak jadi durian... hehehe... tapi ok je rasa die...
selamat mencuba...

sumber... myresipi
(malas nak buat link)




Thursday, April 21, 2011

sardin dan milo....

 assalam...
macam2  cara d buat untuk menjatuhkan dan melemahkan orang islam sekarang nih...
walaupun duk tanah malaya xsemua makanan halal... nak kene tengok betul2...
yang betul2 pernah aku jumpa, plastik lunyai macam kene goreng kt dalam keropok ikan... goreng keropok dengan plastik skali ke apa?... patut la keras n rangup semacam jek... ada [erisa tambahan rupanya...

 ni ada lagi satu kesah...nak caya ke tak terpulang..hak masing2 kan..
tapi kite sebagai umat islam, jaga halal haram makanan kite yang akan jadi darah daging kite... anak2 kite... tengok je perangai budak2 sekarang cam ner...
aku pun bukan baik sangat tapi sekadar ingat mengingati...
renung2kan...

Jab. ----- ----- pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardine.Apa yg di jumpai amatlah memeranjatkan. Kalau kenkawan bau kuah sardin tu hanyir n lagi satu sedap kan …nak tahu apa recipenyer…kalau x percaya terpulang lah…..tau kenapa org cina suka mkn katak??? So agak2 kenkawan dapat x jawapannya….kilang tu telah mencampurkan daging katak sebagai perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue..huhuhu. .itulah yg ---- jumpa tapi amat sadis kenkawan bila pegawai yg bertugas hantar report…report tu telah di ‘zip’ oleh pihak tertentu atas sebab akan merugikan pihak ‘besar’. ..kenkawan tau sardin jenama apa??? ..yg paling mahal n glamer…’
AYAM BRAND’…itulah hakikatnya…abg ipar kawan saya pun x mampu untuk buat2 apa kalau report telah di zip..apa yg mampu diheboh mulut ke mulut untuk menjaga ummah semua…..

N lagi satu serbuan telah dibuat di syarikat membuat makanan yg ternama….kankawan tahu apa yg dijumpai…agak2 pernah x rasa daging cacing?????. ..mesti kenkawan selalu minum milo kan .....yes. .daging cacing telah di campur dengan serbuk milo…..kalau ada bau hanyir itulah dia…kalau kenkawan nak lgi confirm try buat macam nie….milo + gula sahaja lepas tu tengok ada x minyak/lemak kat milo tu…kalau ada confirm…ini apa yg diberitahu oleh abg ipar kwn saya jer…
Tp saya x tahu tahun bila mereka buat serbuan…???..dan adakah pihak yg bertanggung jawab telah mengambil tindakan yg sewajarnya untuk mengikut garis panduan halal yg telah ditetapkan oleh jab. Agama Islam m’sia… wallahhualam…

n lagi satu kod no yg ada di emailkan tu jadikan lah panduan masa nak beli makanan kat pasaraya..kalau ada kod E110 ker n yg tersenarai jgn lah beli…that is confirm ada benda ‘alah’ tu…print lah kecik then laminated simpan dalam purse…memg leceh tp kalau nak amalan diterima, makanan kita lah salah satu nya jaminan…kalau dah haram..hukum nya tetap haram..x kisah walau disentetikkan pun..tetap haram……saya hanya menyampaikan perkara ni kepada kenkawan islam saya sahaja..samaada nak percaya atau tidak terpulang lah…kalau kenkawan rasa cerita ni x sahih, proceed lah makan cam biasa ek…kalau kenkawan memang penggemar ikan sardin..keluaran org melayu kita ada buat sardine ni ..dari terengganu tp saya x perasan lagi kat Shopping complex..kawan saya kata rasanya memg kurang sedap tp yg penting halal…kalau nak sedap ltaklah daging katak..huhuhu. .

milo org melayu pun dah ada kat pasaran tapi x sesedap dan seenak milo yg sedia ada sekarang….

Untuk makluman kenkawan Islam semua, article ini bukanlah article rasmi ataupun cuba menghasut tp lebih lepada peringatan..…terpulang kepada kenkawan untuk menerima atau tidak…
Saya hanya menyampaikan amanah sahaja…tepuk dada tanya iman….
wallahhualam…

sumber n info lebih lanjut




 

Tuesday, April 19, 2011

maharaja lawak

sekarang layan maharaja lawaka lak, sanggup subscibe mustika tu ML punye pasal... xpatut... tapi tu la hakikatnye... hehe...

tapi....pada aku ok la, agak berbaloi la kan... peserta2 pun kite da kenal...dah tau ati budi kata org kan..
tapi... ada satu orang memang tak layak masuk ML pun pada aku la, dah duk tempat tercorot tiap2 minggu tapi xkuar2 gak...aku tau korang tau sape...amir...berbulu je nengok... tak lawak langsung..

jangan la dikesal sangat r2 kuar minggu lepas, sebab pada aku.. lambat laun pun akan terkeluar gak r2 tuh...sebab tengok prestati last week, xde la best mane pun lawak die... aku xgelak pun...aci tak.. memang bukan favourite contestant...haha...

tapi ni memang terbaik dalam list chart aku...


piano lalat nabil


and this one..

fakhrul & rozaimi ahaha....
jozan la.


 diorang memang best la...
keep it up...






..

Monday, April 18, 2011

ku yg sedang sakit...

baca tajuk pun da tau...macam2 sakit...
last week, sakit gigi, gi dentist tampal gigi sampai 2 batang
miggu nih lak sakit kaki, kene cekam kuku,sakitnya sampai mencengkam jiwa you.
gi klinik ni la hasilnya....



kuku kaki ku kene cabut.....waaaaa... sakit giler ye kawan2... macam2 aku tanye doc tu sebelum die buat procedure nih...
tu la cakap hubby xmo dengar kalau gi klinik kene cabut kuku.... hehehe.... bkn xmo dengar tapi kekadang die suke cakap pusing2....
nway thanks la en.hubby sebab sabar melayan isterimu yang sedang sakit nih n tolong layan anak2 juga....
nanti abang tolong cuci luka skali yeh...
kalau tak sape lagi nak tolong cuci, ai?? memang tak berani....
cuaks.... cuaks....

Thursday, April 14, 2011

teknik marmet a.k.a memerah dengan tangan

assalam....

kembali bersiaran... hehehe.... hajat dihati memang nak update blog, tapi xsempat2...

produktiviti susu dah merudum, kali nih yang paling teruk la, tengah positifkan minda nih... dalam pada tu berangan2 nak breastpump baru....woohoo... tapi bile pikir balik... perlu ke???

sekarang nih gak tengah gigih praktis teknik marmet yang dr.ning ajar masa aku gi umah die ari tu...memula memang kekok skit.. lelama ok la n best... syok tengok susu memancut kuar...feel die lain dengan gune bp.

mummy2 kene tau gak teknik nih, incase pam rosak ke, tertinggal kat opis ke, at least ada back up untuk perah susu. teknik ni mudah dan murah sebab free tu yang ai suke tu, tak perlu
peralatan apa2 pun, cume gune 10 jari yang Allah dah beri kat kite ni..
dengan teknik ni gak senang kite nak tau kalau2 breast dah kosong sebab kite boleh rasa sendiri
 
cara2 teknik marmet

Memerah dengan tangan
 
memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari 1-3 selepas kelahiran

basuh tangan dengan bersih sebelum memerah

sediakan bekas yang bersih dan steril

lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa

boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa

buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)

melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks

tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu

buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)

tekan payudara ke belakang ke arah dada

perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan

teruskan memicit sehingga susu keluar

perah ke dalam bekas yang bersih dan steril

buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar

tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)

ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu

tukar ke payudara yang satu lagi

urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi

perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir

setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara
 
sumber: blog ezurin
 
selamat mencuba...





Tuesday, April 05, 2011

galaxy s vs galaxy tab

lewat petang semalam hubby pulang dengan membawa satu paper bag..
..jeng... jeng.. jeng...


wah... wah...
dah xmo pakai n76 lagi kah???
hehehe...
yang bestnye... ayat die " mama nak pakai ke???"
of course la.... hoho.... 
thanks abang... lavyu lah...
tapi jelez kat die sebab die ada ini



more info cek kt samsung mobile...
tapi sangat best ini gadget




aqil naufal part 3

assalamualaikum...
terasa cam baru semalam jer kuar dari hospital, tapi sebenarnya da 2 bulan... berat adik masih lagi 3.3kg... dalam pada tu terus breastfeed adik.. masa nih dah fully breastfeed.niat nk fully bf tu memang dari sebelum bersalin lg, tapi Allah jua yang menentukan.. walaupun agak lambat skit, tapi tetap bersyukur...dan bermulalah perjalanan aku dalam breastfeeding...

end of january... ada sgm susuibu.com kat taman tasik cempaka bangi, bagitau hubby kate nak gi... memula tu, die cam errmmm... ok... , aku pun ok la.., pastu aku ajak lagi.. 2, 3 kali gak la kate nak gi...finally on... ok kite gi..

sampai sane awal lg,  so lepak2 dulu tengok orang menari poco2 (sekarang dah diharamkan yer...), memula tu cuak gak ada ke takde nih... yela 1st time datang... last2 call nida... die kata ada... terkejut die aku kate aku nak datang... hehehe... nida ni aku kenal kat susuibu.com gak tapi tak penah jumpe just cakap kat tepon je...

best gak sgm nih... santai je... duk bawah pokok, share cite pasal breastfeeding.. n ibu2, bapak2, anak2, bibik2 sume boleh datang...kalau sape2 rasa teringin nak join leh cek kt susuibu.com. diorang memang tiap2 bulan buat sgm nih..

pastu aku diperkenalkan dengan pn kamariah aka owner susuibu.com aka kaunselor laktasi (LC).nida yg introduce kat aku, die tau problem adik so die suruh jumpe pn kamariah untuk tengok teknik penyusuan aku cam ner.

so... yang puan kamariah dapat detect kat sini, adik ni cam jenis lazy feeder skit, so kene bagi die support dengan compression technic. pastu lepas bf, pam susu nak bagi breast kosong and untuk stimulate more milk.so ni la teknik yang aku apply..

next 2 days... chekup kat htar lak... aku story la aku gi jumpe LC pe sume, doc  lak suggest gi jumpe dietician. dietician lak soh bg ebm+supplement iaitu mct oil dan carborie sebab suppliment ni gak yang diorang kasi kat prem baby. masa ni timbang kat htar 3.2kg.

2 minggu lepas tu gi monthly chekup kat klink desa berat adik dah naik 3.5kg... alhamdulillah...


to be continue...

Tuesday, March 15, 2011

aqil naufal part 2

adik dah sebulan kitorang balik umah klang.. rindu sangat2 kat umah... hehehe... alasan...
seminggu lepas tu sesaja la timbang adik pkai timbang tepung  (tepung...??) yee betul timbang tepung... idea en.hubby... timbang die tengok berat 2kg++ biar betul nih....dah cuak da sebenarnya... tak kan turun lagi..
 
kebetulan esoknya ari sabtu n kitorang nak bawak die gi hospital razif (tempat aku bersalin ari tuh)
kat klinik timbang 3.3kg tapi ini timbang adik+baju, kalau timbang kat klinik kerajaan bogel je... baju, diaper sume tanggal.. doctor cek sume ok, xde apa2 problem. so doctor suggest beri lebih byk susu. appointment 2 minggu pastu. timbang lagi still 3.3 kg. kali ni jumpe doctor lain lak. lepas cek sume...doc kate "anak awak ni tak normal...." aku... terus darah menyerbu muka, berdarau darah aku dengar doctor kate gitu, pastu ddoctor suruh kitorang refer pakar kat htar.doctor tu bagi surat refer, tyrod test n blood test adik masa lahir ari tu.

ari isnin bawak adik gi htar, timbang 3.2 kg....pastu doctor nakbuat blood test n urine test.... masa doctor amik darah adik tu nak menitik air mata dengar die nangis, mesti sakit, dah la badan kecik je... sabar ye dik... appointment 2minggu lagi, tapi kalau ada apa2 diorang akan call...

3 ari sbelum tarikh appointment, htak call kate blood test result da kuar dan ada satutest yang resultnya xberapa cantik.menitik lagi air mata. drama tul mama nih... yer arr anak..
gi htar doctor explain result fungsi hati yang xberapa cantik, tapi xserius and diorang akan buat repeat test untuk fungsi hati dan sume organ... jantung paru2, ginjal... n amik x-ray skali... normal... alhamdulillah...
dalam pada tu... tiap2 minggu kene repeat timbang adik kat klinik. masa 2 bulan timbang kat klinik maintain 3.2 kg gak...


to be continue....

Saturday, March 12, 2011

new window treatment

assalam...
cite da basi dee... baru nak tulis... kihkihkih...
presenting....

my top model bergaya dengan langsir baru
tadaaaa....
our new eyelet curtain
suke patern nih sebab die simple..
made in nilai3....
hahaha... sampai ke nilai kami cari langsir...
alkisahnya sebab en.hubby ku dah terbekenan design kain... tapi aku xingat elyza ke apa...rege  die rm128/meter...mak aiii.........gile mahal... kain langsir ke apa nih...
so makanya... xdapat yang tu i lah cari yang ada iras2 kain tuh... tapi xdapat pun...
nway... yg ni pun ok pe...
ada 1 lagi, roman blind tak gantung lagik...
nanti aku tempek gambar..

daaa....

Friday, March 11, 2011

The "super saiya" booties

assalam....

this everning i make this


and this

for my lil boy..
sila abaikan kaki yang comel itu... sebab owner nya memang seorang yang comel...
aku panggil kasut super saiya... sebab rupe die cam kasut son goku...hahaha..
.tutorial kat sini
very super simple n easy tutorial, kalau tak.. tak kan aku boleh buat sampai 2 pasang..
aku gune kain flannel, cume sole yang kaler biru tu je pakai fleece..
bole la melaram gi melaka esok...
but make sure sebelum pakai cuci dulu...


daa...

Wednesday, March 09, 2011

last weekend shopping....

assalam...
hasil shopping last weekend kat littlewhiz
baby food grinder, fresh food feeder n ice pack safety plus...
aku beli littlewhiz sebab littlewhiz tengah sale sekarang nih, aku beli kat dorang  punye store kat setia alam, kalau beli online delivery charge da 10 hengget.... rugi2 sangat berkira ok..... ... so on da way nak balik kampung last week ajak hubby singgah sane sambil tu boleh belek2.... tengok2 ape lagi yang berkenan di hati...
mama sangat suka dapat menda2 nih...
dah tak sabar ni nak gune walaupun sekarang adik baru 4 bulan..... hahaha...
mama terlebih exited...
and ice pack tu untuk simpan ebm kalau nak bawak balik kampung, aku kan sekarang nih dah jadi pengepam susu tegar...tegar la sangat
so sekarang dah boleh pam susu kat kampung , xrisau lagi nak bawak balik cam ner, walaupun takde la jauh mane pun kampung tu...



daaa....

Thursday, March 03, 2011

faceblog (^_^)v

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

refashion nursing blouse

assalamualaikum...



2 ari lepas aku buat nih...(dah 2 ari baru nk update ka... aperaa...) hehehe...



aku tambah kain kat tengah2 tu je...
bagi senang nak bf...
ok la kan bagi biginner cam aku nih...
takpe ada lagi projek nursing blouse yang tengah berlegar2 kat kepala... cume masa je yang tak mengizinkan aku nak menjahit..

daa....


Wednesday, March 02, 2011

tv programme

Assalam...
kenapa la sekarang ni orang duk heboh buat cerita hantu, tv pun same... baik tv3 ke astro ke... same je...bukan sume orang suke tengok... aku tak suke...

suke ati aku la nak tengok cite apa pun tapi nyampah.. macam dah kering idea nak buat filem... layan cite p.ramlee lagi best.... ulang tengok banyak2 kali pun bole gelak lagi...haha...

apa motif entry ni...

tak puas ati maa.... bayar astro mahal2 + tax lagi... tp cerita ntah apa2.... bab ni i memang berkira...
tambah2 lagi cite indon... i xlayan cite2 indon ni ok...orang malaysia ni dah tak reti nk buat drama sendiri ke... asik la amik drama dari luar...

i duduk malaysia nak tengok cite malaysia bukan cite indonesia....





i suke ni....(^_^)v

Tuesday, March 01, 2011

keja... keje.... kija....

assalamualaikum...
last week balik kampung singgah umah lame amik surat, umah lame kitorang tu dah ada orang sewa. sebenarnya singgah tu sebab penyewa tu kate ada bil elektrik tertunggak... rm200 lak tu.. biar betul nih... kitorang dah settlekan sume bil umah tu sebelum pindah ari tu...aku sendiri yang bayar...hehe..orang tu xde kat umh, surat2 tu die letak kat peti surat je... memang dah bgtau buat cam tu je...

so dalam banyak2 surat tuh... ada lak terselit 1 surat 'urusan seri paduka baginda'...en. somi kata ni surat interview..aku excited la gak dapat panggil interview nih..buka2 tengok 24/12/2010 da... sekarang da bulan 3... adoyaii.... dah pesan dah kat orang tu, kalau ada surat ke yang penting2 la, call la bgtau... nibuat taktau je... sengal tulll... pastu bleh plak bil letrik die xletak skali... da satu keje nak gi jumpe die lagi... sengal... sengal...

pasal interview yg dah terlepas tu... dah takde rezeki orang kate, tapi aku rasa biase je... takde la rasa eee ruginya xdapat gi interview keje gomen...apa kes... belum dapat keje lagi pun... hahaha... tapi memang takde rasa keciwa pun... hahaha.. apakah aku dah hidup senang lenang? takde gak...klu dulu mungkin aku rasa keciwa sangat2, tapii sekarang tidak lagi...sebab aku ada biz yang lagi best..

waktu keje yang lebih fleksibel
keje ujung minggu je
income yang masyukk

nak tau...

contact me:

syeemajalil@yahoo.com

012-6830548 

atau kalau segan just drop ur phone number & name..

i'll call u back asap... 

daa...

Monday, February 28, 2011

aqil naufal part 1

assalam..
his my 2nd baby....
lahir thru c-sect sebab poor progress... dah berjam-jam mama kat labor room, tapi bukaan serviks xde perubahan.... so doctor decite operate, me? kalau itu yang terbaik untuk kami berdua, aku terima...
tepat jam 8.34pm adik lahir dengan berat 3.45kg...
alhamdulillah hasrat untuk dapat anak lelaki tercapai, so lengkap la keluarga kami dengan sepasang cahayamata..
masa berpantang, nak kata berpantang sangat2 tu tidak la... ala2 jer... hehehe...
alhamdulillah.. adik xkene jaundice...
tanggal tali pusat 10 hari lebih dari kakak sehari...
masa hari ke 10, misi datang timbang berat badan adik 3.40kg, turun skit, tp tu normal la kata misi. lagipun masa kakak dulu pun macam tu, jadi aku takde la risau sangat.
hari ke 20 misi datang lagi... sehari sebelum aidil adha 2010, timbang berat badan adik 3.5kg... dah ada peningkatan skit..ok la...
dalam masa ni, adik menyusu campur dengan susu tepung...
lepas raya dan kenduri aqiqah adik, aku balik umah mak aku..
masa ni aku cuba kurangkan menyusu botol sebab aku memang dah nekad sebelum adik lahir lagi nak breastfeed die seboleh2nya sampai umur die 2thn... n kalau lebih tu kira extra la..hehe..
yang aku perasan, adik menyusu sangat kerap...
bila umur sebulan pegi klinik desa cucuk n timbang... terkejut biawak aku bila timbang berat die tinggal 3.08kg je...biar betul dorang nih...
pastu misi soh awak gi jumpe doc kat sekinchan ( yang aku gi tu klinik desa), jumpe doc... chek sume ok n bole cucuk... kne patah balik gi klinik desa...klinik sekinchan xmo cucuk... kedekut tul...
so a month berat adik 3.08kg...

to be continue...

Saturday, February 26, 2011

torotoro... yummy...

assalam...
benda nih namanya torotoro... apa tu torotoro?
ia adalah sejenis masakan pasta... mane dapat name torotoro tu,aku sendiri pun tak tau,kalau nak tau tanye la tuan punye resipi nih..
resipi kt sini.
resipi asal gune penne, tp aku pkai apa yang ada jer... apa pun tetap mables la dan yang paling penting mudah...
lol...



assalam...

pembuka bicara blog baru.... hehehe...
harap xjemu membaca...
ada ke yg baca..
nway...
enjoy blogging...