Friday, June 29, 2012

ayam kukus halia

post resepi lg. . hehe
hari ni nk try masak ayam kukus pulak.. den da xtau nk masak ape lg.. kari sudah.. sup sudah.. tumis sudah.. ari nk kurangkan minyak la kononnya..
gambar adalah tiada sbb belum masak lg.. hehehe


Ayam...
Bawang putih 3 ulas (dikisar)
Bawang merah 2 ulas (dikisar)
Halia 1 inci (dikisar)

Sayuran:
Lobak merah
Kacang panjang
Cili merah

Bahan perap:
Sedikit madu
1 sudu besar sos tiram
Sedikit lada hitam
Sedikit garam
Sedikit kicap soya

Cara-caranya :
1. Perap bahagian ayam dengan bahan perap selama 1/2 jam atau ikut suka la berapa lama
2. Sementara tu... panaskan tempat pengukus
3. Setelah tu.. masukkan ayam yg telah diperap ke dalam pengukus
4. Tabur sayuran di atas ayam setelah ayam hampir masak... jgn masukkan awal2 nanti sayur layu.... dan jangan lupa hirisan halia juga... halia lebih lagi sedap!!!
5. Ayam akan lembut setelah 30-40 minit... kalau nak tgu sampai 1 jam pun ok....

sumber resepi.. adalah internet.. xingat blog mane..

daa...

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 27, 2012

kari ayam tanpa santan

Bahan-bahan:
- 5 ketul ayam
- 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 3 ulas bawang putih (diketuk)

- 5cm halia (diketuk)
- Rempah 4 sekawan

- 5 helai daun kari
- 4 sudu rempah kari (dibancuh dengan 1 cawan air)
- 2 cawan air
- Garam secukup rasa
- Sedikit air asam
- 2 biji kentang (dipotong kecil)
- 1 biji tomato (dibelah 4)

Cara Buat:
1. Basuh dan bersihkan ayam.
2. Panaskan minyak dalam kuali.
3. Masukkan kesemua bahan yang bertanda
.
4. Tumis hingga naik bau.
5. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dengan air.
6. Tumis hingga naik minyak.
7. Masukkan air asam, garam dan air. Kacau sebati hingga mendidih.
8. Masukkan ayam dan kentang. Masak hingga ayam dan kentang empuk.
9. Akhir sekali, masukkan tomato. Biarkan seketika dan tutup api.
10. Sedia dihidang.


resepi dari sini
http://koleksiresepiyus.blogspot.com/2011/02/kari-ayam-tanpa-santan.html?m=1

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 26, 2012

MESEJ KHAS KEPADA SEMUA PENGGUNA MESIN PORTABLE JAHIT TEPI SINGER 14N655(4 benang)

Cara2 mendapatkan hasil jahitan tepi yg cantik

A. Jahitan Tepi Biasa (4 benang)
Jahitan tepi 4 benang adalah khas utk jahitan yg lebih kuat
1. Set ketiga2 tension benang (warna kuning, merah, hijau dan biru) pada nombor 4
2. Pastikan butang putih kecil dekat tapak mesin dilaras ke N
3. Adjust lebar jahitan (knob kecil di sisi kiri mesin) pada nombor 5 (standard)
4. Adjust jarak jahitan (knob besar di sisi kiri mesin) pada nombor 3 (standard)
5. Knob yg ketiga di sisi kiri mesin jangan diusik. Biarkan pada nombor 1.0 (standard)
Anda boleh lihat semua setting standard (knob di sisi kiri mesin) dibulatkan

B. Jahitan Tepi Biasa 3 benang (Gunakan jarum sebelah kanan sahaja)
1. Tanggalkan jarum sebelah kiri, jarum sebelah kanan jangan diusik
2. Set ketiga2 tension benang (warna merah, hijau dan biru) pada nombor 4
3. Pastikan butang putih kecil dekat tapak mesin dilaras ke N
4. Adjust lebar jahitan (knob kecil di sisi kiri mesin) pada nombor 5(standard)
5. Adjust jarak jahitan (knob besar di sisi kiri mesin) pada nombor 3 (standard)
6. Knob yg ketiga di sisi kiri mesin jangan diusik. Biarkan pada nombor 1.0 (standard)
Anda boleh lihat semua setting standard (knob di sisi kiri mesin) dibulatkan.

C. Jahitan tepi halus untuk jahit tepi tudung (Gunakan jarum sebelah kanan sahaja)
1. Adjust tension benang yang paling kanan (warna biru) pada nombor 5 atau 5.5.
2. Set butang putih kecil dekat tapak mesin ke R.
3. Adjust lebar jahitan (knob kecil di sisi kiri mesin) pada nombor R
4. Adjust jarak jahitan (knob besar di sisi kiri mesin) pada nombor R
5. Knob yg ketiga di sisi kiri mesin jangan diusik. Biarkan pada nombor 1.0 (standard)
Anda boleh lihat jahitan yang dihasilkan adalah halus dan rapat, sesuai utk jahitan tepi tudung

D. Jahitan tepi yang mempunyai kesan kedut2 (berombak), biasanya boleh digunakan utk jahit tepi bahagian lengan baju kanak2 (Boleh gunakan 1 atau 2 jarum)
1. Semua tension benang dibiarkan pada nombor standard 4.
2. Butang putih kecil dekat tapak mesin dibiarkan standard di N
3. Lebar jahitan (knob kecil di sisi kiri mesin) dibiarkan standard pada nombor 5
4. Adjust jarak jahitan (knob besar di sisi kiri mesin) pada nombor 4
5. Adjust knob yg ketiga di sisi kiri mesin ke nombor 2.0
Anda boleh lihat jahitan yang dihasilkan adalah berkedut2, mempunyai kesan beralun/ berombak (tak tau lah ape name sebenarnya).

E. Untuk menambah atau mengurangkan kadar pemotongan kain
1. Anda hanya perlu adjust Knob kecil di sisi kiri.
2. Anda boleh perhatikan knob tersebut mempunyai R, 5, 6 dan 7. Sekiranya anda set pada R, kain akan dipotong lebih. Utk mengurangkan pemotongan kain, putar knob tersebut ke nombor yg lebih besar. Semakin besar nombor yg diset, semakin kurang pemotongan kain.

F. Untuk mengelakkan pemotongan kain
1. Sila perhatikan terdapat satu knob berbentuk segi empat yang kecil di bahagian bawah sisi kiri mesin (ada tanda pisau pemotong).
2. Untuk mengelakkan kain dipotong, tolak knob tersebut ke kiri dgn kuat. Kain tidak akan dipotong lagi (pisau pemotong tidak berfungsi).
3. Untuk kembalikan kepda keadaan asal, tolak knob putih tersebut ke kanan. Kain akan dipotong semula (pisau pemotong berfungsi).

posted from Bloggeroid

Friday, May 25, 2012

Loving it



Sy adalah penyokong penyusuan susu ibu yg tegar... Tp sy xactiv dlm mane2 kumpulan penyusuan susu ibu... Aci x... Hehehe...

N now am enjoying breast feeding moment...:)..

Daa....


posted from Bloggeroid

Tuesday, May 22, 2012

Hantaran pink kuning 2011

Da setahun baru nk update.. Haha
Tuan punye hantaran pn da kawen...





Tu je...

Daa....

posted from Bloggeroid

Friday, May 18, 2012

Super duper extra massive maxi pad

Fresh from oven
Utk masa2 heavy flow ini makan die... Xlarat dah ku bertapa lama2 dlm toilet tu..



Utk lapisan luar guna cotton corduroy n flannel
Lapisan dalam towel n fleece
Xgune waterproof fabric pun sebab xde.. Hehe..
Kite tgk performance cane nanti.. Ok
Daa...
posted from Bloggeroid

Wednesday, May 16, 2012